Yang sudi mengikuti disini..

Sunday, August 7, 2011

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 21 tahun...7 August

Salam kasih dan salam sayang untuk semua teman² sekian lama sudah tidak meng hapdet blog ku ni..berhabuk bersawang semua sudah kot...

Hari ni nak cerita kisah berlaku 23 tahun lepas....berkenalan dengan jejaka idaman malaya..hehehe idaman aku la tu kan..ermmm...susah kalau ramai idam kan pulak nti...x mo x mo..jgn jgn jgn (pinjam wording mia sara citer Sekali Lagi..ekeke)...perkenalan yg hampir 2 tahun..dan mula mengikat kasih dan sayang kami dengan ke gerbang perkahwinan...alhamdulillah sudah berusia 21 tahun kini rumahtangga yg dibina..disulam kasih dan sayang dibajai dgn sabar dan jujur serta ikhlas mempercayai sama sendiri..syukur kupanjatkan kepadamu ya ALLAH kerana telah mengurniakan daku seorang suami yg amat setia berada disisi ku dalam suka duka atau apa jua dugaan dan rintangan datang melanda kami...alhamdulillah seperti mana impian suami tercinta..mahu memiliki anak seramai 4 org sudah dimakbulkan ALLAH jua...dan anak² yg comel...anak menjadikan ikatan kasih antara kami semakin kuat dan utuh....

Kepada suami tercinta Shukor Sahiri...selagi hayatku dikandung badan..akan ku terus berada disisi mu..akan ku sedia bersama mu dalam apa jua keadaan..susah dan senang..suka dan duka..semoga ALLAH merahmati rumahtangga kita dan akan kekal bahagia walau bukan mudah seperti kata² saja...sesungguhnya daku bahagia hidup bersamamu selama 21 tahun ini dan akan terus berbakti sebagai isteri dan IBU kepada anak² kita...kemaafan jua ku pohonkan kerana diri ini tidak dpt menjadi isteri sesempurna yg diidamkan..namun akan ku cuba untuk membaiki kekurangan diri...

Doa ku untuk rumahtangga kita semoga kekal bahagia hingga keakhir hayat kita berdua..sabar dan tabah dalam menghadapi apa jua rintangan mendatang....kerana daku sayang dan kasih pada mu wahai suami ku...yang juga kekasih dan teman ku...


Terimakasih kerana bersabar dgn kerenah ku...kerana mengasihi ku tanpa kurang dari
tahun ketahun...dan kasih ku akan tetap subur untuk mu wahai suami ku...




Terimakasih atas segala-galanya....i loveeeeee u my dear





Apa pun aku adalah aku ---> NJ