Yang sudi mengikuti disini..

Saturday, August 7, 2010

Genap 20 tahun hari ini 7/8/2010

Salam Sabtu semua...

Semoga semuanya berada dalam lindungan ALLAH sejahtera dan bahagia hendak nya..aminn..kat sini nak share tarikh bermakna dalam hidup aku...hari ini genap usia perkahwinan ku 20 tahun..jangka masa yg sudah lama bagi aku...syukur pada NYA kerana telah mengurniakan aku seorang suami yg amat penyayang dan memahami diri ini..yg kadang ada berbagai ragam..(skrg ni yg buruk tu je la..asik kempis kan poket dear kolek antik bagai..hehe)...tapi aku pun faham kemampuan dear..x kan aku nak paksa..masih waras lg aku ni...ukur lah baju dibadan sendiri...kalau nak jimat skit pegi ler hunting jalan sana sini...cuma penat la skit..x pe aku akan kumpul bajet sikit²...alhamdulillah dear faham minat aku...dia pulak minat antik segi perabut tu JATI (kayu coklat)...tapi aku minat henglish..tu la citarasa x sama..cuma bab antik dia suker gak..aku pun baru je terjebak..

Yang sama antara kami adalah kami meminati genre muzik yg sama sejak mula kenal dulu...rock kapak la beb..tapi lagu jer la..bukan metal pulak kan...tapi apa pun lagu rentak rock mmg ok je pada halwa telinga aku dan dear...dan kami meminati sukan yg sama...Bolasepak (walau dear x main bola tapi pingpong)...cuma skrg ni kena main bola jugak la dgn anak lelaki sorang tu mmg nampak minat sgt main bola..minat club yg sama Man u...kami juga suka Moto GP..(support Valentino Rossi...sbb tu rambut shakir masa kecik sama mcm rossi dulu..curly gitu..ahaks)...suka warna cat yg sama = merah..dan bab ni sedey skit la...kami juga sama sbb anak yatim piatu...maka itu makin menguatkan ikatan kami kerana kami saling memerlukan satu sama lain...huwaaaaaa....

Dalam bisnes pulak apa jua kami lakukan bersama..pegi class tutorial..pegi kursus..pegi exam..pegi motivasi..kerana kami lebih selesa saling faham apa kami lakukan..dan senang berdua kerana lebih baik pada aku la kan..saling faham..jadi senang urusan..

Cerita bab dah 20 tahun kawen ni...syukur pada ALLAH kerana telah kurniakan kami 4 org anak² yg comel dan sihat..seperti mana impian dear diawal perkahwinan dulu...doa kami termakbul jua dgn kehadiran seorang anak lelaki dalam hidup kami kerana anak 1 hingga ke 3 anak perempuan...4 org itu lah pengikat kasih sayang kami selama 20 tahun ini..apa jua kami lakukan tetap mendahului keperluan anak²...demi mereka kami sedia berkorban apa jua..kerana anak² adalah amanah ALLAH dalam perkahwinan kami berdua...insyallah akan ku jaga sebaik mungkin amanah ini..

Namun jangkamasa yg lama bukan pengukur kita mengenali pasangan kita..alhamdulillah kini aku sudah mengenali 95% siapa dear pada aku dan bagaimana kah dia..kerana bukan dapat kita kenal pasangan kita semudah beberapa tahun..sikap dan perangai..apa dalam hati dia mana kita tau..kini aku sudah faham apa selera dear, kehendak dear dan apa sifat dear bila susah hati dia jadi camane..bila marah dia diam..aku jer la byak bebel kot...anak² la pun kan..apa nak kata anak dah besar...dear yg ku kenal sgt rajin bekerja keras untuk menyara kami..sgt setia..jujur dear yg paling aku terharu..dia pun ada sikap lurus..apa yg aku order tu la dia beli ke dia buat..dia akan buat ikut pesanan..(bukan control suami hokey..tidak sama sekali..bukan sifat aku la tu..)..

Dugaan yg mendatang selama usia 20 tahun ini...alhamdulillah dapat diatasi sebaik mungkin dgn sabar..dan tabah..syukur kerana bahagia masih milik kami dan anak²..aminnn..Allah menduga terasa amat berat..di usia perkahwinan 5..10..15 tahun...dan jika kita berjaya mengatasi jangka usia itu..insyallah akan bahagia hidup bersama..tetapi lebih berat lg untuk mengekal kan jangka selepas 20 tahun ini...kerana lebih byak dugaan akan datang dalam berbagai bentuk dan cara..dari mentality..dugaan anak² yg semakin membesar remaja..mengawal mereka disamping hubungan kami juga perlu selari dgn proses menjaga anak² remaja..semoga aku diberi kekuataan hati dan minda untuk melalui semua ini dgn jalan yg lapang...insyallah..hanya pada NYA aku berserah disamping berusaha dan bertawakal...aku percaya pada takdir dan harus berusaha lebih demi kebaikan bersama..

Nak kata tips tu mungkin la kan...kalau nak jaga hati suami ni kita kena ikat perut dia..means masak n bagi makan selalu kenyang ok la kan...dan juga suami ni nafsu 1 jer bukan kita ni ada 10..mcm² nak...so kena lah jaga yg 1 tu sebaik² yg mungkin..mesti..itulah kunci bahagia pun..faham² la yer...(ingatkan diri sendiri jugak ni)..

Fuhh panjang la pulak nak n3 hari ni ek..nak share skit je la kan..aku pun manusia biasa..cuma sering muhasabah diri dan selalu upgrade suatu perkara baru untuk kebaikan bersama...memaafkan selalu..walau kita salah minta maaf dan x bersalah pun minta maaf jugak..sering ajak berbincang sesuatu..bukan diam memendam rasa..bahaya lama² tu..(selalu amalkan petua Dr Fadzilah Kamsah dan Ust. NorBahyah)...insyallah...selalu la dgar dan baca..

Harapan aku pada hari ini...semoga ikatan perkahwinan kami akan terus kekal bahagia hingga keakhir hayat..dgn anak² tersayang dan berjaya mencapai apa jua impian kami selama ini...aku doa kan rakan yg lain semua juga bahagia hendaknya..insyallah

Aku tidak mengharapkan hadiah bernilai dari dear pada hari² penting begini cukup setakat ucapan dan ingatan...kerana aku dah dapat pun hadiah bernilai dari dear selama 20 tahun ini...anak² 4 org yg comel yg sedang membesar...sebuah rumah teres setingkat 3 bilik dan kereta yg tiada ansuran bulanan...ada bisnes sendiri mcam skrg..lebih byak masa kami dpt bersama..sgt² bernilai pada aku..orglain tah la...ada aku kesah ke org lain punya...huhuhu

Sifat aku plak..mesti bagi kad dan hadiah walau kecik pun pada dear x pernah miss selama 20 tahun ni...tahun ni bagi kad dan pen jer tadi...supaya dear akan gunakan selalu...

Ucapan aku...Semoga ikatan perkahwinan yg ke 20 ini akan berpanjangan hingga keakhir hayat kami,bahagia bersama dan i love u so much my dear hubby SHUKOR....rindu pada dear x akan pernah kurang disetiap detik yg berlalu..

Ayang sayang abg selalu...muuaahhhs



Apa pun aku adalah aku --> NJ



10 comments:

ilahjy said...

tahniah N yg ke 20 akak 22 hehe semoga pjg umo bahagia bersama dan murah rezeki dan sihat sejahtera amin...

kakcik said...

Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan Ke 20, N. Semoga ikatan itu akan terus kukuh sepanjang hayat N dan Shukor. Selisih faham dalam rumah tangga biarlah menjadi bunga yang menyemarakkan wangi bukan bara yang menyemarakkan api. TAHNIAH untuk kalian berdua. :)

indahhouse said...

salam kak NJ,
happy anniversary, buat kak NJ dan suami. Moga bahagia selalu dan dalam rahmat Allah jua. :)

Ibuhani said...

Happy anniversary N. Smoga N & hubby pjg jodoh, murah rezeki n happy3 slalu ekk....... :)

Nannie said...

salam kak nj , selamat hari ulangtahun perkahwinan akak yg ke 20 tahun lama tu kak alhamdulillah semoga akak n suami tersayang akan kekal bahagia sampai akhir hayat..

~Yatt~ said...

salam kak n & suami..
selamat hari ulang tahun ke20..lama tu..tahniah sebab berjaya kekalkan kasih sayang..tabikk sangat..saya doakan yang terbaik buat akak..moga bahagia kekal ke akhir hayat..

ainazliena said...

nk nangis baca n3 ni..appy anniversary kak..tahniah!!smoga berbahagia slalu..insyaallah mana yg baik akan dijadikan panduan..

CIKGU ZAM said...

salam kak,
Tahniah banyak2 ye, saya doakan akak sekeluarga sentiasa bahagia dan gembira.

NJ said...

salam tuk semua yg ucap selamat tuk akak dan suami..terimakasih banyak2 yer..terharu ni...semoga kita semua jua bahagia hendaknya...

eynda said...

Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan kak NJ...semoga akak & hubby kekal bahagia hingga akhir hayat...