Pasti ramai bizi banget hari ni maklum la weekend kan..nak balik kg berbuka dgn family..nak pegi belikan anak² baju raya..kasut raya..ada yg menjahit langsir jugak tu..dan ada jugak yg menyiapkan tempahan kuih raya tuk customer dan juga ada yg untuk sendiri....maka sgt² bizi la yer...apa pun semoga kita tidak lalai dan leka dgn keperluan Syawal dgn meninggalkan kewajipan Ramadhan yg akan berlalu pergi meninggalkan kita...aku pulak....tahun ni raya tetap la raya..semuanya dalam keadaan sederhana setakat mampu jer la...lebih mmg tidak..kasut dan baju anak² mesti beli...apa pun tuk anak² diutamakan dan masih sederhana..cuma disebalik kemeriahan anak² aku agak merasa muram juga kerana dear kena bertugas time raya tahun ni...namun aku dah org kata alah bisa tegal biasa....dah pernah lalui keadaan mcm tu..setiap 2 tahun sekali...apa nak kata dah keja kan..redha dgn ketentuan..maka dgn tu aku ni beraya je la dgn anak²...org raya balik kg aku bawak la anak² jalan² area dekat² JB ni jer...mungkin ada yg alami keadaan mcm aku ni...so mereka je la yg faham...
Dan ni menu semalam nak n3..x special sgt pun..tapi nak n3 jugak..special tuk family aku je la..apa pun layannnnn je la
Kari ayam ni aku masak la...sekali tuk sahur..licinnn..aminnn
Air ni ikut resepi F&N susu sejat iklan kat tv...letak laici..letak ais cube..susu cair..blend..dan letak cincau n jagung manis..yum yum..
Roti john special...beli jerk ni
Roti john biasa je ni...dear yg beli..
Tu je la n3 kali ni..nak citer lain lum ada bahan..so tunggu je next n3...(ceh mcm best jerk)
Apa pun aku adalah aku --> NJ
5 comments:
salam kak,
Kesibukan dan kemeriahan sambutan hari raya pasti dirasai semua. dan dalam pada itu marilah kita sama-sama jua mengenang insan2 susah yang berada diseluru dunia ni kan, ada antara mereka hanya mendapat baju raya dan makanan hari raya dari pemberian orang sahaja, apatah lagi ingin membeli yang baru dan mahal, sudah pasti tidak mampu,,,sekurang2nya kita dapat mendoakan mereka dan bantu apa yang kita mampu. BERSAMA MEMARTABATKAN INSAN MALANG.....
Salam N..
kalau makanan (sama beli atau masak sendiri) habis licin, senang rasa hati kan? tiada pembaziran .:)
Cikgu zam...
mmg kesian dan insaf sgt rasa bila tgok org lain dalam kedaifan... bantu setakat mampu saja la...doa yg pasti akan diberi..
Kak ciks
tu la kak..kalau dorang makan licin..N suker sgt..seronok..aminn
errkk
ingatkan roti john tu pun kak N buat
hehe
Selamat Hari Raya, Kak N!
Hi Kak,
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat KakNJ n family ya! Wish U have a safe n fun Raya...;)
Post a Comment