Yang sudi mengikuti disini..

Saturday, August 1, 2009

Salam pagi sabtu...

Wajah kami hari ini di IFTIQAR IKHLAS...

Salam dipagi ini...semoga hari ini akan lebih barakah lagi dari semalam yg pergi meninggalkan aku disini..insyallah..
hari ini aku awal ke ofis..lepas hantar anak ke 2 ke sekolah terus ke ofis..

Aku...
merasakan hari ini mesti melakukan perubahan lebih baik dari semalam, mula kan hari dgn dtg ofis dan mendoakan dgn harapan setinggi mungkin agar bisnes hari ini lebih baik..demi mencapai impian masa depan aku dan hubby..untuk berjaya dalam bisnes sendiri..selepas resign dari kerja yg ku lakukan selama 17 tahun lebih dgn makan gaji...

Kini aku harus more hard working..hard thinking..and at the same time x lupe tugas sebagai isteri pada lovely hubby dan mama kepada 4 anak2 kesayangan ku..

sambil layan FULLAMAK di sinar.fm pagi ni...aku terkenang zaman aku dan hubby mula kenal dulu..bercinta..indah sungguh masa itu dan mulakan hidup bersama selepas ada ikatan perkahwinan...dan hari ini..hampir menjejaki usia perkahwinan kami ke 19 tahun minggu depan 7/8/2009...terasa pantas masa berlalu pergi meninggal kan aku dgn berbagai kenangan yg ada...
kadang jauh disudut hati aku sebagai manusia..merasa amat rindu pada kenangan2 lalu..rindu pada kasih sayang ayah dan ibu yg telah pergi menemui illahi sekian lama...aku hanya mampu mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg beriman..namun aku hanya manusia biasa..rasa rindu mencengkam dada x dpt ku bendung dikala teramat rindu pada mereka..hanya aku mampu berdoa dan sendu dalam tangisan...kadang aku merasa iri dan pilu melihat org lain yg masih ada ayah dan ibu..
dan lebih memilukan pabila anak2 ku bersuara nak ajak balik kampung...apa aku harus jawap pada mereka...rasa sungguh hiba masa tu..x dpt nak bendung airmata...saat ini juga...

tapi aku sedaya mungkin pujuk anak2 yg masih belum mengerti kehidupan ini..
bertuah la mereka yang masih ada ibu dan ayah..dan harap hargai lah keduanya sebaik mungkin selagi ada kesempatan mengasihi dan membalas jasa2 mereka membesarkan kita..bukan kepalang jasa mereka jika nak dibandingkan dgn apa yg kita mampu balas..mmg x terbalas pun..tapi cukup lah beri hati mereka bahagia dan jika berjauhan telefon atau sesekali ziarah mereka..jgn jadikan alasan kesibukan kerja..jgn tunggu masa mereka dah tiada baru nak pk..
apa pun aku redha dgn ketentuan yg diberi...
dan aku..
dunia ku kini hanya hubby and anak2 tersayang...dan ku sedar semua hanya dipinjam kan kepada ku di dunia ini....



Ini lah wajah2 insan kesayanganku..





No comments: