Yang sudi mengikuti disini..

Wednesday, September 9, 2009

09.09.2009..

Hari ni saje je nak sebut pasal tarikh yg angka dia cantik tersusun jer tgok..9/9/09...tapi sbb bulan puasa ni x de la org nak bertunang ke nikah ke..tapi ada sebahagian yg merai hari ini sbg hari lahir atau melahirkan cahayamata baru hari ini..mmg cantik senang nak ingat..sebenarnya pendapat saya la x de apa pun makna pada tarikh2 mcam tu kan kalau ikut dalam kamus agama kita...cuma bagi kita tarikh tu cantik tersusun je kan..
Bagi saya hari ini mendoakan agar lebih baik dari hari2 sebelum ini..jadi lebih tabah..lebih sabar..lebih dikuatkan iman didada..lebih cekal menghadapi dugaan mendatang..lebih matang.. lebih segala2 nya kalau boleh...insyallah dgn usaha dan kesabaran diri...namun apa jua keadaan kita hanya mampu merancang dan DIA menentukan..redha dan terima segala yg mendatang dgn redha serta berfikir apa yg diberikan pada kita mmg sudah ditentukan DIA jua..
Persiapan untuk hariraya masih belum ada apa2 pun setakat hari ini 090909...anak2 malam tadi bertanya lagi..."ma bila nak beli baju raya ni..dah bape hari lg je nak raya??..."...aku menuding jari kepada dear la masa tu..dear pun jawab " weekend ni la kita pegi yer..." dgn nada memujuk anak2 nya...skrg bila saya x keja ni..langkah x panjang mcm keja makan gaji dulu...berbeza sgt..lg pun bisnes baru nak bermula..hasil belum lagi nak boleh buat saya enjoyyyy...harap anak2 dpt memahami keadaan ku..kita sebagai IBU,MAMA,UMMI,MUMMY dan gelaran sewaktu dgnnya tu..mmg nak beri yg terbaik tuk anak kita..apa je anak nak kita tunaikan tapi bagi saya mesti berpatutan dan ikut keperluan semasa..jgn beli yg x perlu...juga kena la ukur baju badan sendiri skrg ni...cuma bab pelajaran je mesti bagi apa saje keperluan diminta walau camane pun...tapi ada limit jgak la mesti check keperluan pun..x la semberono jer...hehe
sebenarnya saya ni nak citer bab raya ni mmg kalau boleh nak elak..sbb HARIRAYA bagi saya mcm x bermakna lagi skrg..hanya untuk anak2 sajer...disebab kan kedua orgtua sudah tiada dan kedua mertua juga tiada..so nak jadi citer saya dan dear mmg dah x de tajuk BALIK KAMPUNG lagiu skrg..yg ada pun adik beradik ke2 belah pihak..cuma paling kesian anak2 bila sebut raya..sebut balik kampung..terlalu susah nak terangkan pada mereka..yg masih kecik tu la 8 tahun n 5 tahun..yg besar pun ada jugak bersuara...tapi apa kan daya diri nak balik kg mana????....hati ini sebenarnya sebak sendu hiba bila time dgar lagu2 raya...hari ni drive keta OFF radio..jauh disudut hati mmg terasa sgt2 sendu time2 mcm ni..teringat pada aruah ayah dan mak...yg dah pergi lama..mmg redha dgn ketentuan...tapi hati ini sebagai anak dan manusia biasa x dpt lari dari kesedihan melanda hati kecil ini..walau cuba menahan rasa..tapi x berdaya..sampai terfikir dalam hati kan bagus kalau ada RAMADHAN jer x de SYAWAL....skrg ni hanya gembira menyambut RAMADHAN dan sedih bila nak habis RAMADHAN ni...tapi x de sgt feeling nak citer bab hariraya...terasa x bermakna..cuma demi untuk anak2 saya kena tabah dgn keadaan yg dilalui...saya dan dear mmg sudah dijodohkan dgn keadaan yg sama nasib...
bagi mereka yg masih ada ayah dan ibu..pulanglah beraya dgn mereka..walau sehari dua..jgn sampai x dpt peluang lagi mcm saya..mmg pilu sukar digambarkan...at least ada mertua pun dah kira ok...saya x de sesiapa lagi..
Hargai lah semasa ada.....
Walau apa pun aku REDHA dgn ketentuanNYA...
semoga dikuat kan hati dihariraya 2009 ini...

No comments: