Yang sudi mengikuti disini..

Thursday, January 21, 2010

Bagaimana harus aku...

Salam tuk semua..hari ini n3 aku dalam dilema kerana anak...anak????anak sape tu??..anak sendiri la..x kan anak org lain nak citer pulak kan...anak ke 2 ku la tu..skrg dah pandai nak berkawan nak mintak pegi umah kawan...aku faham umur dah meningkat ke 15 tahun...dah remaja..dan nak bergaul dgn kawan2 sebaya..tapi kalau keluar rumah masa aku x de kat rumah..kan ke risau hati mama ni duk pk kemana dia pegi..betol ke rumah kawan yg dia pegi tu kat situ..buat keja sekolah ke atau melencong..rupanya sangkaan aku betol..dalam 1 jam x kan dah siap keja sekolah dgn kawan tu....masa tu kebetulan aku balik rumah jemput hubby nak kekedai tuk sebelah malam pulak..aku pusing nak pegi kedai masa tu tgok mimi ada di tepi padang ada pondok KRT taman aku jugak...tadi kata nak kerumah kawan kat tempat lain (tmn cendana)..kan ke mendidih kemarahan mama ni bercampur terkejut bertambah risau hati mama ni..dah tu pulak kawan yg pegi sekali tu perempuan ok la aku ok lagi..sekali tgok ada 2 org lagi kawan kepada kawan dia tu..perempuan mmg..tapi dressing dgn bermuda ala2 PENGKIT pulak..x ke ngeri apa korang rasa kalau ada kat tempat ah kak masa tu..(tgok email yg ada tajuk "WANITA KAHWIN WANITA"..mmg la kat amerika..tapi kan ke ngeri..aku ni selalu bayangkan yg buruk dr yg elok bila pk hal anak2 ni...aku pun suruh dia balik..kawan perempuan dia antar dia balik dgn motor..(mimi dan anak2 x pernah aku benarkan keluar sendiri ke rumah kawan2 kecuali ke sekolah or koko - aku rela hantar dan jemput mereka kemana saja nak pegi..library..jumpa kawan...mengongkong kah aku???tapi kalau x kongkong nanti jadi yg buruk siapa yg salah???...siapa yg menyesal -- lagi2 anak perempuan..."Ya allah dugaan apakah ini kau berikan??..semoga aku kuat untuk menempuh dugaan mu dan ada jalan terbaik aku dpt pilih..)..lagi2 anak remaja x berfikir jauh..kalau ada pulak pengaruh kawan yg kita x kenal dan x tau cara hidup mereka..aku mmg takut sgt2...berkawan boleh tapi pilih kawan yg boleh bagi perkara baik utk kita..itu selalu pesan kat anak2..

Aku selalu bercakap dgn mereka kenapa mama x bagi buat itu...dan kerana apa..dan apa akibatnya nanti..
Aku mengajar anak2 pun cara hidup sederhana..tidak berlebihan..beli apa yg perlu sahaja..x perlu esok2 boleh beli..mungkin masa keja aku dan hubby dan kurang masa dgn mereka..tapi aku selalu jelas kan kerana apa aku mesti bekerja dan bisnes mcm skrg memerlukan byak masa sehingga dah stabil dalam 1-2 tahun...

(dalam masa skrg ni --- dr minggu lepas --- aku kena balik rumah tiap2 hari waktu bersekolah dalam jam 2 ptg dan dtg semula kekedai dalam jam 6 ptg hga 930 mlm....maka bila aku balik bisnes tutup..mane nak masuk income kami kan...jadi aku ni duk pk punya pk masih x tau nak camane...nak percaya anak...hati ni masih sukar nak beri percaya pada dia dgn keadaan pengaruh kawan2 luar mcm tu...tapi kalau pk anak je bisnes aku boleh tutup x lama lagi mcm ni..bisnes x masuk mane nak jalan terus kan...naik pening rasa kepala pk hal ni..dan x elok juga aku tepek citer kat sini..tapi nak tanya pendapat pada yg lebih bijak pandai nak buat dan cara camane terbaik tuk anak dan tuk kami sefamily)...

Sampai 1 tahap semalam aku cakap kat hubby...aku tutup jer bisnes ni dan duk rumah full time jaga anak2...tgok dorang pegi sekolah balik sekolah...hantar nak kemana2...serba salah aku bila fikir hal mcm ni...terjerat ditengah2...kedua nya penting bagi aku..tapi anak lebih lagi dari yg lain...aku hanya mampu berdoa semoga semuanya jadi baik dan elok..

Mungkin ada yg cakap aku ni apa la..membuka pekung didada..tapi kalau aku pendam aku boleh jadi sakit kepala dan dtg semula MIGRAIN yg dah sekian lama x ada ni..org nak cakap biar la cakap..yg penting aku dpt cara nak atasi masalah aku ni sebaiknya..dan aku x tau mane lg nak aku kongsi citer ni..coz aku both parent dah x de n inlaw parent pun dah x de..hanya disini yg aku ada.. 

Pendapat geng yg arif dan sudah melalui pengalaman anak remaja amat diharapkan..



Apa pun aku adalah aku ---> NJ

15 comments:

Am-flora said...

begitulah delima seorg ibu kan nj? kiat pun cam tu gak selalu risau maklum budak tgh naik ni kan.. kongkong kang susah x kongkong lagi susah! fening2... tapi so far anak am x brani lagi kuar dgn bebudak lelaki, just gi umah kwn pompuan buat koje sek adalah, tapi balik lmbt sikit jer mesti kena marah dgn abahnya. tu yg dia takut sikit! apa pun sbagai ibu kita kena awasi selalu takut budak2 skr ni dah pndai bohong, itu yg kita takut! mintak2 taklah kan.. jgn lupa mohon doa bnyk2 mudah-mudahan diprmudahkan kita dlm mmbntuk & mmbimbing anak2 ni kan! insyallah...

nor64 said...

salam...teramat2 faham persaan yang ditnggung oleh sang ibu apabila anakandanya membuat sesuatu yang mencurigakan..apapun tidak cukup nasihat dan kata2 , berdoa dan meminta kepadaNya adalah yang terbaik untuk mengubat kerisauan hati dan doakan untuk anak2 yang terbaik.... masalah ini mesti dihadapi oleh ibu2 yang mempunyai anak remaja...saya tidak trkecuali...

ainazliena said...

dugaan tu..arap kak nj byk sabo yerk..mohon pd Allah semoga dilindungi...nnti PM norazlina.mohd.zin@hydro.com..nk tanya psl road tax..insurans mana2 pon bole..

Ibuhani said...

Salam N.

X salah kita tegur anak sendiri. Remaja2 skrg ni perlu dipantau tambahan anak perempuan. Bg tahu kesedihan kita kalau mrk membuat kita sedih sbb biar mrk tahu perasaan kita yg sebenar. Tegur utk kebaikan n sbb kita syg tp tegur cara berdua dgn dia shj sbb peringkat umur tu perasaan malu dgn orglain atau keluarga sendiri akan menyebabkn dia bertindak di luar dugaan. Slow talk antara N dgn anak, masaalah dia jgn diceritakn dgn anak2 yg lain. Implikasi itu akan memalukn dia....biar apa teguran jgn dibuat depan anak2 yg lain. Face to face dgn dia saje.....n luahkn kebimbangan yg akan atau mungkin terjd dr kejadian itu. Semoga dia memahami teguran tu nanti n x akan ulang lg. Sabar N.....anak2 juga adalah dugaan utk kita....sabar ekk...

NJ said...

SALAM SEMUA
terimakasih kerana sudi memberi pandangan pendapat pada saya..hati ni masih dalam kerisauan pk hal anak mcm ni..insyallah akan cuba lakukan yg terbaik..

h4ni3 said...

salam kak N
betul la kata pepatah
jaga anak dara sorang lagi susah drpd jaga lembu sekandang
banyak2 sabar kak N
yang penting doa kak N pada dia jangan putus

(saya pun takut jugak nak menghadapi detik2 anak dara saya tu nak besar.. hihi)

NJ said...

terimakasih hanie..
mmg masa kecik penat jaga anak berbeza..lebih mudah rasa..tapi akak akan cuba yg terbaik utk anak dan sentiasa mendoakan yg baik tuk mereka..

ain said...

sabarlah kak NJ...saya nak beri tips pun tak tau sangat. Kak N slow talk lah ngan mimi, insyallah dia akan faham. klu kak N tok leh nak slow talk, may be hubby akak boleh tolong. mmg susah didik anak zaman sekrg ni. kita ibu bapa selalu ada dipersimpangan!!

Azita said...

simpang malaikat 44. mintak dijauhkan dari segala musibah. mmg nak jaga anak perempuan lebih susah dari jaga lembu sekandang...kata pepatah. mcm kata teman2 yg lain tu, anak2 ttp kena pantau, baik lelaki @ perempuan. kena ambil tahu kemana mereka pergi, siapa kwn2 mereka. kak ita pun risau gak ngan ayong tp setakat ni alhamdulillah. nak kemana2, dgn siapa semuanya dia bagitau awal2. kadang2 kak ita n hubby ambil turn hantar dan jemput dia dan kwn2nya. dia pn pernah gak keluar ngan group dia - lelaki dan perempuan. gi tengok wayang pun abah dia yg hantar dan jemput dgn kwn2 dia sekali.
kita kena dekatkan diri kita dgn anak2, jadikan mrk kwn kita. so mrk takkan malu2 nk ceritakn apa2 pun masalah, suka dan duka mrk.
sabar byk2 dgn kerenah mrk ya!

Erna said...

salam NJ..semua ibu2 akan merasa saperti apa yang NJ rasa..cuma saya tak de anak pompuan..tapi bila baca kerisauan NJ..anak lelaki ke perempuan..kerisauan ibu tu sama...sya pernah ditegur..jangan kongkong anak..dia lelaki..katanya..saya jawab jugak..memang tau dia lelaki...dan pernah juga dapat masalah anak yang kedua juga..pernah juga berjuraian air mata dek kerisauan..sekarang lagi risau..dah belajar jauh dari rumah..tak dapat nak memmbantu NJ dengan apa yang saya tulis ni..cuma saya nak bagi tau..saya faham sangat apa yang NJ rasa...sentiasa berdoa dan mengaji quran untuk tenangkan hati yang risau memikirkan anak2..sape tak sayang anak kan..

MrsNor said...

salam NJ..kita tak ada anak remaja tp pengalaman menjaga anak sedara meningkat remaja memang mencabar. Jgn terlalu percaya mrk, kena adasyak wasangka juga, pantau pergerakan mrk tanpa pengentahuan mrk. Disamping doa, insyallah semua selamat

leen hussain said...

hmmm.... memang menakutkan dan mencabar membesarkan anak zaman sekarang ni kan kak...
leen yg anak masih sekolah rendah ni pun dah pandai risau...
leen pun hantar ambik anak walau nak gi mana pun...
nak gi kedai seberang jalan aje ni pun leen tak kasi lagi kak...
tapi dah ada baby ni kdg2 terpaksa gak suruh dia gi, itupun leen kuar separuh jalan tengok sebab kedai tu dekat sgt leh nampak dari depan umah....walau dekat mcm2 benda leh berlakukan...nauzubillah lah!
sabar byk2 kak...doa byk2 mintak petunjuk Allah dan doakan mudah2 an dia tak mudah terpengaruh...

NJ said...

to k.ita...ain..erna..leen
timakasih dgn pendapat dan pandangan..apa yg boleh lakukan skrg ni lebihkan berdoa smoga tidak berlaku yg buruk pada anak2, mmg kena byak sgt2 sabar ni..sbb anak zaman it ni.. canggih dan kretip sungguh dorang dan mohon dijauhi segala yg x elok..

cuba cara sendiri la kan..kalau x boleh jugak mmg kena keras skit dgn ayah dia pulak la kan...

cuba menjadi mama..sahabat dan kawan kepada anak2..insyallah akan usaha lebih baik lagi..tq2

Leya said...

salam kak NJ...

sian akak kan....zaman dah berubah tp itu yg buat kita pening kan...zaman leya sekolah dulu pun tak penah campur2 kawan bila blk sekolah klu ade gi libary jerk...klu setakat lepak2 nih tak de la nak kene sepak dgn abah ade la....bila dah keje duduk sendiri br leh kuar jln2 dgn kawan2...baru ler rasa bebasnya kite....tp bebas kita biar le berpada kan...cume rasanya kita nak kene sll ingatkan mereka kot dan mendampingi mereka sll kan....tp masa pulak terbatas. Itu ler cabaran ibu2 zaman sekarang byk2 berdoa dan bersabar ye kak N....nanti kite jumpe ehhh...

Uncle Lee said...

Hello NJ, I guess the toughest thing in a parent's life is bring up children to be responsible children, good citizens.
And one good mother is better than a 100 teachers.

Only last week I posted about mothers and children and the uncomfortable experiences I had with them.
Anyway, you take it easy, keep well and have a pleasant weekend. Best regards, lee.