Yang sudi mengikuti disini..

Tuesday, March 30, 2010

DAPAT AWARD

Salam selasa semua..

dan salam rindu coz dah lama x bersiaran ni...terlalu banyak urusan harus diselesaikan sebelum dapat duduk lama depan PC macam ni...fuhhhh bizi sgt²..kursus yg tak habis²..keja² yg berderet menunggu...alhamdulillah rezeki la tu kan..rasa lama sgt x n3 kat sini..rindu sakan weiii...tapi aku x mis amik gak pic walau tgah keja lain pun...itu mesti..hahaha...

Kali ni nak citer pasal dapat award ni la..dari Eynda 's Diary...tengkiu eynda bagi akak..so appreciate it dan terharu ni...toceh²...tapi kena gak buat keja dulu baru ley amik...


Ok akak ikut arahan la ye..

1. Bagi ucapan kepada sape yang bagi award ni dan post award ni dalam blog memasing - DONE

2. Listkan tarikh lahir anak dari yg 1st dan seterusnya...letak sekali nama anak...

 ---> Macam kat bawah ni la..yuhuuu

NORSHAMIRA
DOB - 22/05/1991

NORSHAMIMI
DOB - 17/12/1995

NORSHUKRINA
DOB - 01/11/2001

MUHAMMAD SHAKIR NAZIM
DOB - 15/7/2004


3. Sape² yg peknen..letak sekali pic korang masa peknen..akak x peknen la eynda so x de la pic ek..
   ---> x de chance peknen lg dah tapi perut akak pun macam peknen
            3 bulan ni..uwaaaaaaa

4. Bagi award ni kat sape² yang hot mummy (semua yg dah jadi mummy
   dan bakal jadi mummy pun boleh) yang korang kenal...
   
    DAN INILAH YG AKU RASA HOT..huhu

                             Eija (Eija cottage)
                             June (rysha-luvelyroses)
                             Intan MT (Villaistana)
                             Ibuhani (me n my 3 girl)                  
                             Nelly(HappyOven)
                             Leya (Leyazakwan)
                             Mummycyber s'pore (When u n i fall in love)
                             Ninie's (Ninie's Corner)
                             Ct Delima (Taman Syurga Abadi)
                             Cikgu Sity (Arinna Collection)               
                              



Banyak nak citer lagi tapi n3 stop dulu kat sini..ada lagi keja yg perlu dibereskan...
c all of u later..


Apa pun aku adalah aku ---> NJ
                            



                                  
                                 

Wednesday, March 24, 2010

Ku lepas kan jua

Salam Rabu tuk semua

Kali ni nak citer..hati ku mmg sayang pada set ini tapi terpaksa ku lepas kan jua...kerana sebab musabab yg x dapat ku ceritakan disini..ku lepas kan jua pemergiaan mu DAFODIL'S ku...cuma aku pk kadang² satu perkata atau benda yang kita sayang dan suka x semestinya baik untuk kita..

ADA YANG BERKENAN NAK MEMILIKI...SILA LAH SMS YER..


RM 300 280 - negotiable (TERMASUK POSTAGE/DELIVERY)
KANDUNGAN
TEKO RAMPING - I BIJI


CAWAN 5 BIJI
PIRING 6 BIJI
SUGAR POT
CREAMER
PIRING KUIH 6 BIJI

PINGGAN MAKAN SEDANG 2 BIJI
--------------------------------------------------------------------------------------

SET BUNGA ANGGUR

6 BIJI CAWAN
6 BIJI PIRING
RM 85 75 (TERMASUK POSTAGE/DELIVERY)



----------------------------------------------------------------------------------

SET CAWAN BUNGA GANDUM A

7 BIJI CAWAN
6 BIJI PIRING
RM85 75 (TERMASUK POSTAGE/DELIVERY)



N3 stop kat sini..saper berminat boleh la sms/call yer...tawaran masih terbuka..jika tiada peminat yang sudi..akan ku simpan sebagai koleksi sendiri..no problem.. 


Penghantaran selepas 70% bayaran dibuat
akaun maybank
101244178033
Shukor Bin Sahiri




Apa pun aku adalah aku ---> NJ

Saturday, March 20, 2010

Terima kiriman

Salam SABTU semua..

Dalam suasana yg dingin n3 ni nak citer pasal terima PARCEL...sbb time pegi kursus tu barang dah tiba tapi ofis tutup so POS MALAYSIA antar slip 2 ari lepas suruh collect kat PEJ POS la kan...so pagi2 tadi aku dah pegi pej pos la nak amik PARCEL tu...dan sekali renew kan roadtax customer..

TQ NANNIE...akak dah terima PARCEL hadiah GA tu...suka tgok dapat kain bunga2 kecik tu dan lagi kaler coklat tu yg akak suker..boleh nti buat blaus..pada mata akak mmg cantik..TQ NANNIE...ini la dia..taraaaaaa...


Yang ni la hadiahnya...Tq again Nannie..

Yang ni keja rutin aku la pun kan..

Dan n3 kali ni tu je citer...x de citer lain nak tepek..nti ada akan buat n3 lagi..tuk semua have a great weekend dan jumpa lagi..salam..


Apa pun aku adalah aku ---> NJ



Friday, March 19, 2010

Menu hari hujan

Salam Jumaat semua..

Hari ni cuaca sejuk sebab hujan yang membasahi sejak awal pagi lagi tadi..syukur alhamdulillah..kerana sekian lama cuaca panas terik sungguh...dan org2 yg kawasan mereka dicatu air tu dapat bekalan seperti biasa semula kan..bukan senang beb kalau x de air..biar x de elektrik pada aku la kan...mmg keduanya penting pun tapi x de elektrik ok lagi dari x dapat minum air...apa pun aku bersyukur kerana masih menjalani kehidupan dalam suasana selesa..masih dapat makan dan minum juga ada elektrik sedia nak guna...bulan lepas bil lektrik rumah sure mencanak naik sebab panas siang malam la ON air-con..aduhh..sabar je la..so dalam tu hari ni ujan lebat..aku masak la menu ni tuk anak2 yg masih bercuti tu..cham pun kelas sampai 11 pagi tadi jer..sebelum pegi keja mesti la make sure anak2 kenyang kan..ermmm tu la tugas aku sbg mama ni kan..layannnnnn

Mula plan nak masak kari sekali rempah kari plak abis...tukar la menu ni..tapi pun anak2 mmg suker masak kicap ni..feberet..

Time ni nak kuar umah nak g ofis..jam 2 ptg..Lokasi : Nusa Damai

So n3 stop kat sini dulu..dah letih rasa keja bila tiba hari jumaat ni..esok masih keja..dan ada lagi keja2 yg kena siapkan..jumpa lain n3...chauuuuuuuu sin cheeeeeeee...



Apa pun aku adalah aku ---> NJ




Thursday, March 18, 2010

2 Hari Berkursus

Salam Khamis semua

Semoga hari ini menceriakan anda semua..di kawasan aku ni hujan turun sejak 1 jam yang lalu..syukur kehadrat illahi kerana sekian lama musim panas datang...baru muncul musim hujan macam ni dalam minggu ni..rahmat allah tak terhingga aku rasakan..sejuk sikit suasana..selesa tuk melakukan apa jua kegiatan hari ini..aminnn
Dan aku juga 2 hari x muncul n3 kat sini sbb ni la pun..pegi Kursus anjuran Takaful Malaysia...kursus tuk menambah ilmu tuk bisnes dan masa depan..x rugi tau byak perkara pun..ilmu tu bekalan tuk macam perkara dimasa depan...banyak ilmu x rugi pun kan...malah lebih byak lagi bagus..pegi dgn dear kat Hotel Selesa Jb je..alhamdulillah ilmu yg dapat akan implement tuk bisnes aku ni la nanti...


So kalau ada rakan2 yang nak buat insuran non-motor (tuk projek buat bangunan pejabat ke sekolah ke atau kedai ke)...boleh la berusuran dgn aku...kerana kami adalah Wakil Takaful Malaysia yg menyedia kan pelan tuk projek itu...dan hanya di Takaful Malaysia sahaja anda akan mendapat MUDARABHAH (Pulangan Keuntungan) tahunan dgn insuran kedai dan pejabat anda...(Promote jgn x promote beb)....hehehe...x salah pun kan per...yg sudi sila lah call me hokey..


Apa pun aku adalah aku ---> NJ



Monday, March 15, 2010

Kangkung yang tumbuh..

Salam petang Isnin semua

Citer pasal kangkung...ermm sayur kangkung sedap pun makan dgn sambal tumis dan nasi panas..tambah sikit ikan kering ke kan..perghhh kecur air liur jerk ptg2 ni kan...tapi kali ni n3 citer pasal kangkung yg kaca x boleh dimakan...tapi bila masak sayur kangkung boleh la letak kat piring tu kan...layannnnn jer la...

Koleksi kangkung ku berkumpul..seciput jer pun ni..jadi la kan..

----------------------------------------------------------------------------------------

Aktiviti semalam - 14/2/2010

majlis perkahwinan adik SIL kat Kg Sg Redan.Ulu Tiram..
Plan nak pegi dgn dear..sekali dear cakap balik keja kul 7 malam..apa nak kata aku la kena wakil pegi gak majlis tu...sbb aku pun ada anak..nti2 majlis aku plak..org x dtg rasa la camane kan..lg pun bukan org lain..kaum kerabat gak..zassssssss

Yang perempuan adik SIL bongsu..
Anak2 nak pulak interprem kat pelamin..layan je la..
Pelamin yg indah..roses putih lagi tu kan...cantikkk laaa...huhu

---------------------------------------------------------------------------------

Menu tuk dear balik keja...siakap masam manis...sekali sampai kami balik dr jemputan singgah cahaya baru..balik umah dalam kul 9.30..dear masih lum balik..rupanya dear kena sambung duty..sian dear...balik kul 11.30 balik baru makan siakap tu...anak2 dah kenyang makan...dorang mmg suker siakap tu..feberet..


Alhamdulillah..singgah rumah anak saudara kat cahaya baru..dia dah beli set yg aku gigih cari kat apeks tu..aminnnn...dpt la lepas duit myak + tol pg cari lg ni..hehehe

So n3 stop kat sini..nak g buat keja pulak..dah petang ni terik matahari silau kat depan mater dah ni...haus la pulak...order abc sedap ni....abc special satuuuu...zassssssssss



Apa pun aku adalah aku ---> NJ




Dapat free tapi..

Salam Isnin semua

Monday blues ke korang semua ni?...ermmm aku pun sama la kena gak sikit2..maleh nak hapdate rasa..aduhh..tapi ada plak dapat award ni..tapi kena siap kan keja sikit baru ley dapat award..alamakk..cam malas je..tapi org bagi kan..kena la terima dgn syarat pun...lg pun org dah ingat dan nak bagi award tu bukan senang dan bukan semua org dapat tu..dapat dari http://cetusanminda.blogspot.com tq sis tinie..kak N try la buat eh..apa yg boleh la kan..nak kena pk2 gak ni..ada syarat lg tu..

1. Thank & link the person that gave you the award = dah link lama dah

2. Pass this award onto 15 blogger you've recently discovered and think are fantastic

3. Contact said Blogs and let them know they've won the award

4. State 7 things about yourself (alamak ni nak kena pk2 gak ni..plink..plink pk jap)...


- 1. Rasa dah buat dan ramai dah link dan visit dorang selalu..(Tq my dear sis tini)
- 2. 15 org mcm sikit jer..link dah puluh2 rasa tu..tapi ok la boleh je la..
  - Azlina manjung (Azlina deco)
  - Jalilah JY
  - Ain ismail (menmykitchen)
  - Azita zain
  - Amflora
  - Norly Happyoven
  - Mummy 2haqq
  - Intan MT
  - Inna ab (melur mewangi dihujung laman)
  - Ima mawar merah
  - eynda diarys
  - h4ni3 (dr hanie)
  - Mrsnor
  - Ninie corner
  - Hazila

3.Akan contact all of them to inform k

4. 1. Very simple person n very open minded
    2. Wakil insuran general,life,unit trust,wasiat dan jual kereta baru
        (terkini - jual koleksi antik jugak dah..hehe)
    3. Penyabar ada banyak jugak ni
    4. Tak suka org yg hipokrit (depan cakap lain blkg cakap lain)
        berani cakap depan2 ar..no problem pun kan..terus terang la tu..
    5. Bersungguh2 - fokus untuk capai impian supaya jadi nyata
    6. Tak boleh tgok org susah - hati ku mudah tersentuh) -
       ada lebih insyallah akan tolong setakat mampu..
    7. Berblogggg la pe lagi (sehari x n3 mcm seminggu rasa..hahaha)

Semua dah jawap ni rasa nya kan...so inilah award nya...

Tq my dear sis tini...

Harap ok la tu n3 akak yer...x sempat nak pk lg dah ni...tapi tentang diri akak tu mmg itu lah akak...



Apa pun aku adalah aku --- NJ




Friday, March 12, 2010

Hari Jumaat ku

Salam Jumaat yang mulia tuk semua...

Hari ni jadual kerja dah bermula sejak pagi lagi...seawal jam 6.10 minit mimi dah naik basa ke sekolah.. alhamdulillah..reen pulak hari ni SKTC ada majlis maulidur rasul...so kena pakai baju kurung biasa..budak2 ni biasa sebut "ma..kena pakai baju raya esok...",ermm faham la..lg pun memo mmg ada diberi oleh guru kelas..reen jam 7 dah ready...so reen dah lepas kesekolah..dengan baju kurung pink dia la..feberet kaler..


Rupa reen yg kena amik pic pagi2 cam ni la..senyum dgn paksarela jerk..


Dan masak ni tuk bekpes pagi ni..juga anak2 mmg suka makan ni jer..nasi kadang hari2 jemu gak kan..ni sekali lunch la..telur goreng..dah sempoi jer..janji kenyang..

shakir pulak nak kejut punya la susah nak bangun..sapu muka dgn air..sekali..x jalan..2 kali..gerak2 sikit..3 kali..melalak la sejuk..kesian mmg la tapi aduhh..nak tunggu dia je masa dah berjalan 500 meter...suka2 ukur masa dgn meter ek...apa2 jer la..pk sendiri je la ek...dah bangun mandi kan..antar dia g tadika dah..settle...Cham hari ni x de class so dia kat rumah jer la...aku mula gerak keja sendiri, 1st destinasi ke Ibu pejabat polis trafik Bandar Baru Seri Alam...bayar saman..(saman customer hokeyyy not meee)...i'm clean...so far la kan..harap x de la..insyallah...2nd pegi syarikat insuran lain sbb ada customer nak kena buat extention insuran baru boleh buat roadtax pajero dia..sekali kena blok pulak...aduh nak kena pegi centre kat pelangi nunnnn...pojek hari isnin la pulak tu..aduh jam dah jejak kul 1..nak amik mimi pulak coz hari jumaat dia balik sekolah awal..saje amik dia sbb dah lama x amik dia balik sekolah sejak benti keja yg lama tu...beli kan dia air milo MC D air biru dan kentang + nugget..suker la dia kuar depan gate je nampak aku tunggu dia dah...senyum sampai tinger..aku pun suker tgok anak hepi tu kan...hantar mimi balik umah...so 4 org semua dah kat umah la hari ni..aku gerak gi kedai plak dah jejak kul 2.15...b4 tu sempat lagi snap pic ni..hehehe..layannnnnnnnnn

sape ada minat nak minang sila lah sms yer...

N3 stop sampai sini dulu...esok2 citer lain pulak,..kang ada yg bosan lak nak baca..n3 tah hape2 ni kan...tapi ni kan as a diary...tulis la tuk kenangan masa tua nanti...umur x panjang anak cucu leh tgok apa kat sini..tu je la pun...zasssssssss




Apa pun aku adalah aku ---> NJ





Thursday, March 11, 2010

Yang comel sajer

Salam Khamis tuk semua yang berkunjung kesini hari ini..semoga semua bahagia dan sihat ceria dgn family masing2...hari ni nak share koleksi comel yg ku ada..seciput jer..tapi aku suker sbb soooo cute je size nya...layannnn je la..

Yang ni dah lama aku miliki..x mahal la pun tapi sbb bunga dia tu la kan..dulu beli masa ROMANTIKA ada kat Kompleks Pasir Gudang ni...dah lama beb tu..lebih 10 tahun dah..tapi skrg dah jauh la pulak nak kena pegi Angsana nunn...sayang gak tu 1 cawan dah pecah dek si angel kat umah tu la dulu..asik nak tgok jerk.. 

Yang ni baru lagi la..tengah tunggu nak masuk umah baru..CFO dah ada cuma lum boleh masuk umah jer..show room dah ada..


So tu jer n3 tuk hari ni..kalau ada yg dah bosan dgn n3 aku..sorry je la ek..apa nak buat..n3 ni aku yg buat..sekadar tuk kenangan diri sendiri...yg sudi share boleh la layannnn...


Apa pun aku adalah aku ---> NJ




Wednesday, March 10, 2010

Bunga anggur tidak berbuah...

Salam Rabu tuk semua geng..mesti semua tengah bizi yg keja tu kat ofis dah nak balik la pun..yg kat rumah duk pk apa nak masak ptg or malam ni ek...yg x de keja pe lagi jalan2 la kat umah kawan2 kat sini..cuci mater..cari kenalan lagi...dan aku pun sambil keja sambil2 la buat n3 ni..kalau x mmg x sempat la nak tunggu time tutup kedai nanti...lg pun time ni x de customer amik masa la tuk n3 ni...nak share jer apa yg aku ada..kolek2 lama dah byak x de gobok plak nak letak..aduhaiii...sabar byak2 ni...tungguuu..akan sampai masa..dapat la tu..yg pasti kena sabar...

Di mana kah kan ku temui teko (IBU kepada cawan2 ku ini)...??

Dan roses ni dah bertambah kuntuman lagi sbb apa..aku tambah la kan..baru nampak rimbun sikit kan..suker sgt kaler dia so soft in my eyes...


Nak citer banyak x de lagi idea nak karang..sbb tu je nak share tuk hari ni...jumpa lain n3 nanti..



Apa pun aku adalah aku ---> NJ

Tuesday, March 9, 2010

Shakir Johan??

Salam semua...citer ni hari Sabtu lepas...Shakir ada sukan antara sekolah cawangan Tadika As-siddiq...buat di Bukit Layang2...tapi hanya untuk guru dan murid saje..maka x de la nak snap pic dia pulak..lg pun sabtu tu mama dia pun pegi bersukan jugak..tapi kejar apeks..hahaha...balik je sampai rumah dah malam tu dia tunjuk dapat hadiah...seronok dia bercerita..aku pun suker bila tgok dia dpt Johan dan menang tu...x sangka anak bujang ku sorang tu..dia tu minat main bola...dgn keta2 hot wheel dia..layan kartun kat astro dia yg aku tau..x sangka plak kuat lari dan boleh bersukan kat sekolah....layannnn je la...

Love u so muchh sweet heart..


Syukur dgn permulaan anak bujang sorang ni...aku tumpang suker tuk dia la kan...tu lah anak2 nak bagi seronok kena sama2 meraikan...walau hanya kejayaan kecil mereka...tadi dah buat pengesahan darjah 1 dia kat sek taman cendana...so lega la rasa...cuma tunggu disember nanti ada test untuk tentukan kelas tahun 2011 nanti...Reen pulak bawak balik result periksa bulanan dan buku nilam...ok la peratus yg penting meningkat bukan jumlah no...syukur dgn anak2..amanah allah yg berat untuk aku bentuk menjadi insan berjaya dan sempurna..semoga aku diberi kesabaran yg amat tinggi dalam mendidik anak2 ku mencapai kejayaan dimasa depan mereka..insyallah....

N3 stop kat sini dulu la..ada keja lagi nak kena settle ni...time org nak balik keja ofis..aku nak mula tunggu customer dtg collect or buat insuran..sbb dorang berurusan lepas waktu ofis kan ke...itu la keja aku..kena la buat..


Apa pun aku adalah aku ---> NJ




Monday, March 8, 2010

Masa yang berlalu

Salam Isnin semua...

Terasa masa sgt2 pantas berlalu pergi..customer datang nak renew roadtax dah lepas 6 bulan tempoh...mmg cepat sgt masa aku rasa skrg berlalu...tapi aku tetap disini..dan sudah terjebak dgn deco henglish sikit2 dan memburu koleksi antik...entah kenapa hati ini bagai terpanggil bila mula tgok koleksi antik kat blog2 geng2 tu January 2010...dulu mmg ada la kolek sikit2 jer..tapi sejak Februari 2010 lepas..semakin bertambah dalam minat dan suker aku nak kumpul set antik tu pulak...dan aku jadikan sbgai pelepas rindu pada nostalgia kenangan dulu2...mmg sedey bila kenang tapi apa kan daya masa pergi x akan berulang..hanya kenangan tersemat dihati dan kekal hingga akhir hayat aku...semoga aku tidak la menjadi FANATIK nak pegi menghunting sampai ketahap OVER pulak kan...masih boleh kawal diri lagi..dan yg aku dpt pun bukan la mahal ribu riban...sikit2 je..dan harap lama2 byak la kan..cuma yg pasti minat tu dan masuk dalam diri aku dan sukar nak dilemparkan pergi dah ni..tapi pun belum lagi la jadi ANTIK MANIA... tah ke x lama lg kot tu..hehehe...apa pun sedar lagi semua tu hanya pinjaman..aku hanya peminat saje..

Just nak share dan cuci mater jer la ni kan..layannnnn...

Set biru ni cawan + piring beli dgn kak yaya..koleksi antik ibu..dah lama jugak..ni baru dpt bertemu dgn teko nya..sukerrr

Set ni jer yg ku ada..teko dan cawan seketui dari peninggalan MIL dan platter kecik tu..pemberian seorang teman seiring..terimakasih x terhingga..i likeeee

So n3 stop kat sini dulu...nak kena siap kan keja ofis pulak hari ni..maklum lah sabtu x masuk ofis ni..jauh perjalanan sabtu lepas...mencuci mater sekali..hehehe..


Apa pun aku adalah aku ---> NJ




Sunday, March 7, 2010

Hati berbunga bukan dapat bunga

Salam Ahad semua..x nak citer banyak sbb belum hilang penat lagi ni tuk nak buat karangan kat n3 kali ni..biarlah gambar menceritakan semuanya..hehehe...layannnnn....

Koleksi baru yang ku temui....mmg cun dimata ku...sbb roses la kan..

Zoommm sikit..tgok la bunga yang cun ni..mmg cun seh...i likeeee

Yang ni mmg sgt menawan kalbu..walau cenonit tapi antik tu...comel sgt..sukerrr

Dan hati ku berbunga2...akhirnya OC ku lengkap berkumpul sefamily...aminnn

Sayangnya ada antara set yg dah kumiliki tiada TEKO..kalau tidak mesti seronok sukar nak digambarkan..mana la nak pegi cari cik teko plak ni...aduh..nak kena seberang laut cina selatan la kot ni x pun merantau seluruh malaysia kot..tapi semangat semakin membara skrg ni coz hubby pun dah masuk sekali suka tgok koleksi ku ni..sukerrr

So n3 stop kat sini dulu la yer...kalau ada yg sudi nanti kan n3 seterusnya dan ada lagi yg nak sharing dgn kawan2...tapi bukan SHOW OFF ok....aku sudah terserap digolongan kaki yg asik nak pg ngorat apeks jer dah ni...aduhhh...walau penat tapi berbaloi2...susah nak kikis rasa macam ni kalau dah tergolong....tapi seronok pun hanya yg tergolong jer faham dan tau camane bila ada hasil yg cun...hehehe


Apa pun aku adalah aku ---> NJ





Friday, March 5, 2010

Bila CINTA semakin bersemi ?????

Salam geng semua..ni nak n3 sambungan dari Lumba Basikal tu la pulak...nape leh ada kat situ ek..sbb ni la pun kan..apa lagi..hehehe...nak dpt daun ni nak kena tunggu musim luruh..kat mesia mana ada musim luruh pun kan...yg dikata kan cinta makin bersemi tu la..cinta aku pada set2 mcm ni..jadi nye layannnn je la...

Just sharing set yang ku ada...tanpa teko..sedey ar..

Close up sikit tgok dekat..dimata aku mmg cantik jer kaler n paten ni..

Teko OC gumuks melengkap kan set OC yg ku ada..

Pinggan makan ni dah lama beli..tertinggal la pulak so baru la nak n3 hari ni..bukan antik tapi claytan jerk..mmg bunga x sama saje ambil mcm tu..tapi sbb bunga dia roses tu yg aku terpikat terus la..so soft pink kaler...ada lagi saper nak boleh la buat pesanan..murah2 jer hage pun..

Ok la geng n3 stop dulu kat sini..nak balik berehat dah malam ni...esok byak program menanti...majlis sukan sekolah Shakir kena awal2 hantar kat Tadika...dan aku pun ada program sendiri...Jumpa lain n3 ok..



Apa pun aku adalah aku ---> NJ

Tiba2 jem...???

Salam Jumaat semua...dah malam ni baru sempat nak n3 la pulak...tapi nape plak tiba2 jem2 ek..jem kat mane...duk pk nape la tiba2 jem ek??...sekali pk dan pk..baru ingat ada laluan tuk Le Tour De Langkawi lalu kat jalan ni dari Mersing ke Batu Pahat....pasal lak kena mengena dgn aku yg duk pasir gudang ni ek...tgok jer la..pic ni citer kan semua...hehehe..layannnnnnn...




Kereta2 perdana yg membawa basikal spare peserta2 tu..
Ni kat simpang susur turun dari highway plus nak ke Air Hitam dan Kluang...masa ni jam 1 tengahari lebih kurang la...panas giler seh kat situ...mat saleh tu dah merah padam kulit..


Nape plak aku boleh ada kat situ...ada la tu jawapan dia..n3 lepas ni...




Apa pun aku adalah aku ---> NJ




Tuesday, March 2, 2010

Hasil rembatan dan sharing

Salam semua...
Nak n3 lagi sikit hasil rembatan Sabtu lepas dan koleksi warisan zaman berzaman dari aruah MIL seketoi jer ada pun...juga koleksi OC merah + putih ku yg sudah membiak beranak pinak itew...hati ku berbunga jugak la jadinya...sape suka tgok la..x suker g main jauh2...bukan niat nak SHOW OFF hokey...just sharing..

Mangkuk comel OC ni..boleh la nak makan bubur ker..pengat ker kan..

OC ku yg semakin membiak..

Cawan ni ada seketui jer..tapi mmg antik ko..dah lebih dari usia hubby pun ni..mau umur malaysia merdeka dah ni..

Close up sikit..bunga dia tu..cun seh..x tertahan rasa hati nak cari adik beradik yg lain..ni pun paten dia ada line lagi..aduhaii..


So n3 stop dulu kat sini...dah x larat nak bukak mater..dah letih duk tgok pc jer dari pagi wei...
Jumpa lagi dgn n3 terkini...




Apa pun aku adalah aku ---> NJ