Yang sudi mengikuti disini..

Tuesday, November 24, 2009

Futher study ke Kolej


Syukur alhamdulillah ku panjat kan pada mu illahi kerana telah me makbulkan doa seorang MAMA yg memohon agar anak nya mendapat tempat untuk melanjut kan pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi,walau pun bukan ke IPT sepertimana impian ku..cukup sekadar mula kan di KOLEJ dan menyusul nanti ke IPT pulak atau lanjutan ke peringkat yang lebih tinggi..semua IBU,MUMY,UMMI mahu anak mereka berjaya ke menara gading..tapi jika sudah tersurat takdir tahap pencapaian hanya setakat yang mampu..kena lah redha dan syukur juga terima seadanya...jatuh jua aimata syukur ku semalam..

Anak sulung ku NORSHAMIRA...sekian lama menunggu tawaran ini..dan akhirnya menerima tawaran ke KOLEJ KOMUNITI - Pasir Gudang untuk kursus SIJIL PERAKAUNAN PERNIAGAAN....aku suka juga kerana dia akan belajar untuk mengetahui selok belok perniagaan..dan dapat menyambung bisnes kami yg sedia ada dgn ilmu yg dia dapat nanti...atau paling tidak demi masa depan dia sendiri nti..ada rezeki lagi sambung ke DIPLOMA plak ye..insyallah..

Akan mula melapur diri pada 12 Januari 2010 nanti...dan akan ada perubahan dalam hidup anak ku dan juga kami sebagai ayah dan mama nya...semoga kami diberi kemudahan,kelapangan dan mampu memberi kemudahan dan peruntukan buat anak sulung harapan kami dan contoh untuk adik2 yang lain..

Cham....mama sayang sangat pada Cham tau..ayah pun sama......we love u so much.. 









Semoga akan dapat menjalani kehidupan baru dgn suasana baru di KOLEJ nanti dgn tabah..mama sentiasa doakan yg terbaik dan semoga dilindungiNYA dalam sejahtera selalu..amin..



Apa pun aku adalah aku ---> NJ




12 comments:

azlina said...

salam kak nj...
taniah kpd ank sulung akk semuga berjaya dunia dan akhirat...

Jieda said...

Salam petang kak.Tahniah untuk anak anak.Semoga kejayaan sentiasa mengiringnya.

ain said...

Tahniah utk anak kak NJ. Semoga berjaya hingga ke menara gading!!!!

Noorhodza said...

Alhamdulillah kak... moga berjaya hendaknya nanti.

Acik Erna said...

Alhamdulillah..tahniah untuk anak NJ,semoga dia dapat meneruskan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi nanti..

Unknown said...

salam NJ..tahniah buat anak dara kamu..sekarang ni kalau dapat tawaran yang dia suker..gi ajer..tak kira ipts ataupun ipta ataupun kolej..tak leh dah nak memaksa anak-anak ikut kata ibubapa..biar mereka yang menentukan pilihan mereka termasuklah bila nak pilih pasangan hidup nanti..cuma kita boleh bagi panduan ajer..semuga beliau terus berjaya dan berjaya.
bosa anak dari omak ek...

NJ said...

salam to all...
tengkiuuu kerana mendoakan anak ku ini...smoga dia berjaya mendapat ilmu ke peringkat lebih tinggi..

juga untuk anak2 kawan2 semua pun diharap begitu jua

Azita Zain said...

tahniah utk mira. belajar rajin2, moga berjaya dgn cemerlang!

Ernie said...

Tahniah.
dah besar anak akak yer.
semua ibu bapa mengharap yang terbaik untuk anak-anak.

Cikgu Zam said...

salam eiduladha buat puan sekeluarga,

Pn Kartini said...

Salam Sis NJ:)
Rasanya masih lum terlambat nak wish jugak ni...
Congrats To Cham from Auntie Tinie...
Utk MakBondanya..Semmgnya kejayaan anakanda menjadi harapan yg membahagiakan..:):)Congrats juga utk sis..:):)

NJ said...

terimakasih kepada semua yg mendoakan dan wish kat sini tuk anak sulung saya ni...