Yang sudi mengikuti disini..

Tuesday, December 1, 2009

Cerita hariraya KORBAN

Salam bersiaran kembali selepas lama bercuti....banyak urusan perlu diselesaikan dalam tempoh 4 hari ni..maka x berkesempatan nak buat n3 kat sini...kepada semua semoga sihat selepas makan byak daging korban ni yer...dalam kesibukan tu bukan la nak kata mcm YB pulak kan tapi acara yang berbagai sampai x dan nak menaip n3 kat sini...

Pagi raya aidiladha tu..kat rumah x de masak lauk2 raya la tu org kata kan..rendang ke ketupat ke...tapi masak ikan siakap la pulak...kerana lepas solat jumaat tu nak kena pegi ke surau di Bandar Bistari Perdana kat tempat tinggal SIL no.5 tu...kerana kami ni mulanya plan nak buat ibadah KORBAN ni dengan BIL ke 2 tu..di Kg Kopok Baru...tapi kerana BIL batal niat dia atas sebab2 tertentu..maka kami ditawarkan BIL lain ke kawasan taman perumahan beliau kerana masih ada kekosongan disana..kami pun terus menerima tawaran dengan segera kerana sudah berniat nak buat KORBAN juga tahun ni...alhamdullilah semua nya berjalan lancar...dan tiba masanya kami pun ke surau Al Gufran Bandar Bistari Perdana...syukur hajat kami termakbulkan NYA....6 sekeluarga dapat menunaikan ibadah KORBAN seperti dihajatkan...jumlah kesemua lembu yg dikorban kan 4 ekor..dan aku sudah awal2 membuat perancangan untuk mengagihkan kepada fakir miskin yg benar2 memerlukan di kawasan ULU TIRAM...atas bantuan kawan yg juga Pemuda PAS kawasan Taman Kota Masai dan  TEBRAU....aminnn...semoga ALLAH sahaja membalas jasa baik mereka membantu kami sekeluarga...



Destinasi Aidil Adha 2009 kami...



Kerana majlis ni la kan...ni amik pic dari belakang hubby..



Hubby n Muhammad Shakir Nazim




Inilah lembu no.3...tuk kami 6 sekeluarga + 1 orang lg peserta korban




Ini lah di semasa disembelih..aku x dpt snap pic pat yg berdarah tu...tapi tgok je la pada tgan yg berbaju kuning tu kan darah...emmm dan jari yg bercincin tu la tgan hubby...dan aku turut letak tangan kat perut lembu tu..terasa menggigil badan lembu dan bergetar selepas disembelih..jatuh airmata aku teringat sejarah KORBAN dizaman nabi dulu...



Ini lah dia rupa badan lembu yg sudah di lapah kulitnya...berisi jugak ni..nampak je kecik..hasilnya dpt 65 kilo semua..aminn



Kaum bapa yg sepakat membantu memotong tulang2 yg keras..dan daging yg telah siap dibungkus sekilo setiap bungkusan..tq so much..



Kaum ibu yg juga membantu memotong dan menimbang daging setiap 1 kilo sebungkus..tq so much too...


Sebelah malam nya pulak gather2 semua adik beradik hubby kat rumah nephew Kg Cahaya Baru...so ada masak sup tulang (gearbox segala)..makan saje..tapi alhamdulillah aku dpt control diri sendiri dari makan over2 tu..tidakkkkk....jgannnn....hehehe

Sabtu...28 Nov 2009
Baru la masak daging goreng kunyit wif sos tiram ni...kira belated raya la masak ni..boleh gitu ek..boleh je la..ada org kisah..aku lagi x kisah laaa..asal daging baru kan ke..emm mmg sedap..tapi jgn selalu makan daging x elok tuk kesihatan org mcm aku ni yg dah size XXL ni...(cakap tuk diri sendiri ni...)





Lemang ni nephew yg balik ke n9 bagi..



Rendang minang


Ahad...29 Nov 2009
Ada majlis berkhatan beramai2...juga anak SIL yg di Bandar Bistari Perdana...so pegi lagi la kesana petang tu...hubby ada keja..so aku pegi la dgn anak yg 2 tu je...yg 2 besar mana nak ikut2 lg skrg...semua SIL dan niece nephew ada kat sana..meriah sakan raya haji kali ni..

Sebelah malam nya...

Ada lagi gather2 kat umah nephew di Kg Cahaya Baru...maka pegi la kami kesana malam tu...jejak la jam 2 pagi kami kat sana..sebab kami ada urusan keluarga juga selain dari gather2 ni...kerana nephew ni keturunan ke 7 berdarah bugis bangsawan...yg tah la susah aku nak tafsirkan..tapi dia ada byak ilmu kebatinan dan alam bunian segala tu...huhhh..jgn pelik tapi benar..tapi ni hal keluarga x ley la nak citer kat sini...so itu la gather2 family Aidil Adha tahun 2009 ni...yg mmg x sempat nak ber n3 kat sini..

Isnin 30 Nov 2009
Ada lagi gather kat rumah BIL yg keja JPJ kat Sabah tu..sebb pagi ni dia dah terbang balik ke KK dah so kami kumpul lagi..maklum la nak jumpa dia 2-3 bulan sekali...dan SIL masak mee rebus special..mmg sedap mee rebus dia...yum yum...makan lagi...tapi bukan nasi ok la kan..aku nak elak makan nasi je skrg ni...kan eynda kan....99HTN....miahahaha..

Dan masa buat n3  ni aku rasa tekak mcm x sedap la pulak..x sakit ke perit tapi mcm x selesa...dan rasa seram sejuk jer pulak..adus..hubby dah mc tadi sbb batuk2 jer...last week anak2 demam...aku x nak demammm...uwaaaa....tapi nak kena apa nak kata..ni tengah elak2 minum air byak2...jgn makan minyak2..elak lebih baik kan..emmm


apa pun aku adalah aku ---> NJ



2 comments:

Unknown said...

Mesti best kan,..
siap dgn sop gear box la ni..
Lemang ada..
Ketupat daun palas tak dak ka..?

NJ said...

Uwaaaa....tupat palas x dak la..